Pada hari pertama, program dimulakan dengan taklimat dari En Roslan bin Haji Hussin, Pengarah Cawangan Pengembangan Rakan Muda dan disusuli dengan sesi berkenalan dengan wakil setiap IPT yang terlibat. Majlis dirasmikan pada keesokan paginya oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Pn Wasitah binti Haji Mohd Yusof. Mengulas beberapa isu yang dibangkitkan dalam ucaptama perasmian oleh Puan Wasitah, beliau banyak menekankan dan menerangkan pada ahli Rakan Muda untuk mengadakan p
Pada sebelah petang, sesi ketiga program membentangkan Kaedah Pemberian Bantuan dan Penerangan Mengenai E-Bantuan oleh Cik Suraya bt Sulaiman (Urusetia Bantuan). Beliau mewakili Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan kaedah pemohonan online untuk bantuan kewangan dari KBS.
Sesi keempat diteruskan pada jam 8 malam, dimana setiap wakil IPT membentangkan Laporan Sekretariat Rakan Muda IPT masing-masing. Pelbagai pandangan dan cetusan idea dari pelbagai IPT dapat dikongsikan bersama. A
Hari terakhir program dimulakan dengan sesi kelima, Ceramah Kenegaraan (Patriotisma Belia IPT) oleh Ybhg. Datuk Prof. Madya Abd Halim Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia. Beliau merupakan salah seorang perangka pertama kertas kerja Rakan Muda Wawasan Desa yang telah berulang kali dilaksanakan di setiap IPT. Dalam ceramah dan perkongsian pengalaman beliau, penekanan tertumpu pada nilai-nilai jati diri yang semakin dilupakan oleh anak belia kini.
Di akhir program, Pengarah Bahagian Kebajikan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ybhg. Prof Madya Dr Mohd Fauzi bin Haji Ramlan telah menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada setiap wakil IPT yang telah sama-sama menjayakan program kali ini. Majlis penutup diakhiri deng
No comments:
Post a Comment