Wednesday, November 5, 2008

Ilmu itu AMAL...





Program kali ini tertumpu kepada perasmian perpustakaan mini Bait Al-hikmah yang telah ditubuhkan hasil usaha komiti-komiti program Moment to Share dengan kerjasama penduduk kampung Sepakat Jaya. Bangunan sekolah Agama Rakyat yang telah lama ditinggalkan telah dipilih untuk dijadikan tempat menubuhkan perpustakaan kami. Tujuan penubuhan perpustakaan ini adalah bertujuan untuk menarik minat anak-anak PPRT tersebut untuk mengisi masa lapang dengan membaca dan mengulangkaji pelajaran daripada membuang masa bermain dan melakukan perkara tidak berfaedah. Berkat kerjasama komiti, kami berjaya memperoleh tajaan kelengkapan seperti almari dan buku-buku rujukan.Warga kampung juga tidak lepas tangan membantu kami dalam perkara-perkara teknikal. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Pengarah Jabatan Pengurusan dan Sokongan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS.Y.B. Ustaz Nizar, Ahli parlimen Parit turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Setelah perasmian, para jemputan dibawa melawat ke perpustakaan diiringi oleh pengarah program dan beberapa ahli komiti yang lain. Ahli parlimen Parit telah menyatakan yang beliau sangat menyokong program kali ini dan telah menyatakan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan sekiranya program Moment to Share ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Di pengakhir program, diadakan majlis jamuan raya bersama penduduk kampung tersebut. Masyarakat setempat bersama-sama dengan beberapa ahli komiti berkerjasama menyiapkan juadah untuk jamuan tersebut. Sambutan pada malam itu amatlah menggalakkan dan sokongan yang diberikan oleh penduduk kampung menunjukkan bahawa program Moment to Share ini telah mencapai matlamatnya. Terima kasih buat semua yang bersama-sama menjayakannya! Luv u all! (^^)