Thursday, December 25, 2008

Belia Benci Dadah - Anda pilih BAHAGIA @ SENGSARA

‘Program Rakan Muda IPT- Anda Pilih Bahagia @ Sengsara’ anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama dari Sekretariat Rakan Muda Universiti Teknologi PETRONAS adalah satu program berbentuk kem motivasi kepada belia untuk menyedarkan mereka tentang bahaya dadah dan pentingnya untuk memilih bahagia daripada sengsara. Program ini telah disertai oleh 40 fasilitator yang terdiri daripada pelajar UTP dan 68 belia daripada Felda Ijok, Selama, Perak yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun. Program selama 4 hari ini bermula daripada 17 sehingga 20 Disember 2008 diadakan di Kem Sentosa, Chenderiang, Tapah, Perak.

Antara modul yang disediakan adalah seperti sesi Suai Kenal, Permainan Korporat, Operasi Castello, Dinamika Kumpulan dan ‘Blind Fold’. Kesemua modul ini dijalankan di dalam kumpulan dimana peserta dan para fasilitator telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Ceramah yang diadakan pula seperti ‘Belia dan Senario Dadah’ oleh wakil daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Kisah Benar daripada 2 orang bekas pengasih yang dibawa oleh AADK, Demonstrasi daripada wakil pegawai penjara Tapah dan juga pengenalan kepada Rakan Muda daripada pegawai Rakan Muda Perak, Tuan Haji Osman. Pendaftaran keahlian baru Rakan Muda juga dijalankan dimana ahli baru akan terus mendapat Kad Klasik Rakan Muda.

Pada waktu petang, kesemua fasilitator dan peserta beriadah bersama-sama. Bola sepak, bola tampar, bola beracun dan bermacam-macam lagi permainan dilakukan bersama-sama. kami juga dibenarkan mencuba 'flying fox', 'repelling', berkayak dan juga 'water confident'. segala 'obstacle' yang digunakan oleh pelatih PLKN juga telah kami cuba.

Pada malam terakhir, kesemua peserta telah mempamerkan bakat mereka di dalam sesi ‘Berbakatkah Anda’. Boria, Sketsa, Lakonan, Dikir Barat dan Puisidra telah dipersembahkan oleh para peserta. Manakala para Fasilitator telah mempersembahkan 2 buah tarian yang amat menarik. Persembahan silap mata juga telah diadakan pada malam tersebut oleh En Zam Zam, pemilik kem tersebut.

Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Encik Munir Bin Ali Yasak, selaku Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Majlis penutup itu turut dihadiri oleh Encik Samsudin Bin Basiron, Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Ijok, dan Mejar Tamudaren, Timbalan Kem Komanden, Kem Sentosa.

Program ini telah berjaya mencapai matlamat untuk menyedarkan belia mengenai bahaya dadah. Segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Dan program ini berjaya mengeratkan hubungan diantara Sekretariat Rakan Muda dan masyarakat terutama golongan belia Felda. Dan pada penghujung program ini, Sekretariat telah ditawarkan untuk menganjurkan program seperti ini untuk peringkat UTP pula dan juga telah dijemput untuk melawat ke Felda Ijok sebagai tanda terima kasih mereka terhadap penganjur. Semoga program seperti ini akan sentiasa dianjurkan untuk merapatkan lagi hubungan diantara pelajar universiti dan masyarakat.

“BELIA BENCI DADAH”

Para peserta dan Fasilitator serta tetamu kehormat majlis penutup


Malam 'Berbakatkah Anda'


Sesi suai kenal

'Operasi Castello' -wakil kumpulan akan disolek menjadi Castello


Sesi pendaftaran ahli baru Rakan Muda


Akak ketua fesi tumpang glamor kat sini

Anda Pilih Bahagia @ Sengsara

1 comment:

MaMaikah? said...

oh akak ketua facee yang garang..lalala