Thursday, December 25, 2008

Belia Benci Dadah - Anda pilih BAHAGIA @ SENGSARA

‘Program Rakan Muda IPT- Anda Pilih Bahagia @ Sengsara’ anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama dari Sekretariat Rakan Muda Universiti Teknologi PETRONAS adalah satu program berbentuk kem motivasi kepada belia untuk menyedarkan mereka tentang bahaya dadah dan pentingnya untuk memilih bahagia daripada sengsara. Program ini telah disertai oleh 40 fasilitator yang terdiri daripada pelajar UTP dan 68 belia daripada Felda Ijok, Selama, Perak yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun. Program selama 4 hari ini bermula daripada 17 sehingga 20 Disember 2008 diadakan di Kem Sentosa, Chenderiang, Tapah, Perak.

Antara modul yang disediakan adalah seperti sesi Suai Kenal, Permainan Korporat, Operasi Castello, Dinamika Kumpulan dan ‘Blind Fold’. Kesemua modul ini dijalankan di dalam kumpulan dimana peserta dan para fasilitator telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Ceramah yang diadakan pula seperti ‘Belia dan Senario Dadah’ oleh wakil daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Kisah Benar daripada 2 orang bekas pengasih yang dibawa oleh AADK, Demonstrasi daripada wakil pegawai penjara Tapah dan juga pengenalan kepada Rakan Muda daripada pegawai Rakan Muda Perak, Tuan Haji Osman. Pendaftaran keahlian baru Rakan Muda juga dijalankan dimana ahli baru akan terus mendapat Kad Klasik Rakan Muda.

Pada waktu petang, kesemua fasilitator dan peserta beriadah bersama-sama. Bola sepak, bola tampar, bola beracun dan bermacam-macam lagi permainan dilakukan bersama-sama. kami juga dibenarkan mencuba 'flying fox', 'repelling', berkayak dan juga 'water confident'. segala 'obstacle' yang digunakan oleh pelatih PLKN juga telah kami cuba.

Pada malam terakhir, kesemua peserta telah mempamerkan bakat mereka di dalam sesi ‘Berbakatkah Anda’. Boria, Sketsa, Lakonan, Dikir Barat dan Puisidra telah dipersembahkan oleh para peserta. Manakala para Fasilitator telah mempersembahkan 2 buah tarian yang amat menarik. Persembahan silap mata juga telah diadakan pada malam tersebut oleh En Zam Zam, pemilik kem tersebut.

Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Encik Munir Bin Ali Yasak, selaku Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Majlis penutup itu turut dihadiri oleh Encik Samsudin Bin Basiron, Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Ijok, dan Mejar Tamudaren, Timbalan Kem Komanden, Kem Sentosa.

Program ini telah berjaya mencapai matlamat untuk menyedarkan belia mengenai bahaya dadah. Segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Dan program ini berjaya mengeratkan hubungan diantara Sekretariat Rakan Muda dan masyarakat terutama golongan belia Felda. Dan pada penghujung program ini, Sekretariat telah ditawarkan untuk menganjurkan program seperti ini untuk peringkat UTP pula dan juga telah dijemput untuk melawat ke Felda Ijok sebagai tanda terima kasih mereka terhadap penganjur. Semoga program seperti ini akan sentiasa dianjurkan untuk merapatkan lagi hubungan diantara pelajar universiti dan masyarakat.

“BELIA BENCI DADAH”

Para peserta dan Fasilitator serta tetamu kehormat majlis penutup


Malam 'Berbakatkah Anda'


Sesi suai kenal

'Operasi Castello' -wakil kumpulan akan disolek menjadi Castello


Sesi pendaftaran ahli baru Rakan Muda


Akak ketua fesi tumpang glamor kat sini

Anda Pilih Bahagia @ Sengsara

Friday, December 19, 2008

Dynamic Agrotech Camp 2008

Program ini adalah program khidmat masyarakat berkonsepkan kem keusahawanan pertanian. Melalui program ini, golongan belia akan didedahkan dengan prospek kerjaya pertanian dan juga pengenalan teknologi baru dalam usaha mencapai tahap pertanian moden yang menjanjikan lebih kualiti dan hasil pertanian perkapita yang tinggi serta suasana pertanian yang lebih selesa.

Program ini telah dijalankan selama 4 hari bermula 13 December sehingga 16 December 2008 bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS. Peserta-peserta program ini secara keseluruhannya terdiri daripadan belia kwasana, FELDA dan FELCRA. Berikut ialah perincian peserta mengikut kawasan.

  1. Felda Lawin Utara - 5 orang peserta
  2. Perancangan Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Titi Gantung - 7 orang peserta
  3. Kampung Titi Gantung - 8 orang peserta
  4. Pelajar UTP - 4 orang peserta
  5. Pelajar UITM - 1 orang peserta
  6. Felcra Nasaruddin - 13 orang peserta

Sepanjang program, peserta telah diberi pendedahan yg jelas berkenaan peluang-peluang pertanian terkini daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Pertanian, FELDA, FAMA, Agro Bank dan lain-lain jabatan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Maklumat-maklumat yang jelas, terkini dan terperinci telah disampaikan kepada peserta oleh penceramah-penceramah jemputan daripada agensi-agensi berkenaan melalui slot-slot ceramah dan forum yang telah disediakan. Antara penceramah yang hadir ialah:

  1. En. Asrizal bin Mohd Radzi (Biro Tata Negara)
  2. En. Muhd Amin bin Ismail (Jabatan Pertanian)
  3. Puan Norliah bt Abd Rani(Agro Bank)
  4. En. Abdullah Amin bin Abd Ghani (FAMA)
  5. En. Baba bin Abdullah (FELDA)
  6. Tuan Haji Zakaria (Pengusaha Hamida Enterprise)

Peserta-peserta juga telah melaui beberapa siri modul sepanjang program ini berlangsung. Kesemua modul dibantu oleh fasilitator-fasilitator dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang telah menjalani kursus latihan Training of Trainees (TOT), yang dikendalikan oleh Jabatan Kaunseling UTP dan Jabatan Pertanian Perak Tengah secara berperingkat sebelum program bermula.

Majlis penutup program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Disember 2008 bertempat di Poket D1, UTP dan dirasmikan oleh Encik Muhammad Syazwan Amarjit bin Abdullah, Pegurus Kanan Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTP, bagi pihak Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Pengarah Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTP. Pihak penganjur juga amat berbesar hati, apabila Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Encik Arifin bin Abdul Latif sudi bersama-sama meluangkan masa bagi melengkapkan majlis penutup program ini.

Secara keseluruhan, program ini mendapat respon yang baik dari jabatan-jabatan yang terlibat serta daripada peserta-peserta yang mengikuti program ini dari awal sehingga akhir. Sebagai pihak penganjur, kami berharap program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang dengan menambahbaikkan kelancaran program untuk kebaikan bersama.


"PERTANIAN BESTARI PENJANA NEGARA TERBILANG"


Agrorians 2008


Sesi Latihan Dalam Kumpulan


Agro Visit ke Hamidah Enterprise


Salah satu slot ceramah yang disediakan di dalam program ini.


Sesi TOT untuk fasilitator dikendalikan oleh Pegawai-pegawai dari jabatan pertanian perak tengah



Jalan-jalan Cari Kawan (^^)

Pada 24 hingga 26 Oktober 2008, bertempat di Bidara Puteri Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka, seramai lebih kurang 60 orang wakil Sekretariat Rakan Muda IPT dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi berkumpul bagi menghadiri Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan Sekretariat Rakan Muda IPT 2008 anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
Pada hari pertama, program dimulakan dengan taklimat dari En Roslan bin Haji Hussin, Pengarah Cawangan Pengembangan Rakan Muda dan disusuli dengan sesi berkenalan dengan wakil setiap IPT yang terlibat. Majlis dirasmikan pada keesokan paginya oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Mud
a, Pn Wasitah binti Haji Mohd Yusof. Mengulas beberapa isu yang dibangkitkan dalam ucaptama perasmian oleh Puan Wasitah, beliau banyak menekankan dan menerangkan pada ahli Rakan Muda untuk mengadakan program- program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Program diteruskan dengan sesi Mesyuarat Penyelarasan Sekretariat Rakan Muda IPT yang dipengerusikan oleh En. Roslan bin Haji Hussin dan kemudiaannya sesi diteruskan dengan membincangkan hala tuju dan pelaksanaan program Rakan Muda IPT 2008 dan Perancangan Program 2009.
Pada sebelah petang, sesi ketiga program membentangkan Kaedah Pemberian Bantuan dan Penerangan Mengenai E-Bantuan oleh Cik Suraya bt Sulaiman (Urusetia Bantuan). Beliau mewakili Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan kaedah pemohonan online untuk bantuan kewangan dari KBS.
Sesi keempat diteruskan pada jam 8 malam, dimana setiap wakil IPT membentangkan Laporan Sekretariat Rakan Muda IPT masing-masing. Pelbagai pandangan dan cetusan idea dari pelbagai IPT dapat dikongsikan bersama. A
ntara program yang dibentangkan, pihak kami begitu tertarik dengan MMU Melaka dimana mereka telah berjaya melaksanakan program kemsyarakatan di Aceh dengan tajaan bersama TELEKOM Malaysia.
Hari terakhir program dimulakan dengan sesi kelima, Ceramah Kenegaraan (Patriotisma Belia IPT) oleh Ybhg. Datuk Prof. Madya Abd Halim Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia. Beliau merupakan salah seorang perangka pertama kertas kerja Rakan Muda Wawasan Desa yang telah berulang kali dilaksanakan di setiap IPT. Dalam ceramah dan perkongsian pengalaman beliau, penekanan tertumpu pada nilai-nilai jati diri yang semakin dilupakan oleh anak belia kini.
Di akhir program, Pengarah Bahagian Kebajikan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ybhg. Prof Madya Dr Mohd Fauzi bin Haji Ramlan telah menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil kepad
a setiap wakil IPT yang telah sama-sama menjayakan program kali ini. Majlis penutup diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dari setiap IPT.