Thursday, December 25, 2008

Belia Benci Dadah - Anda pilih BAHAGIA @ SENGSARA

‘Program Rakan Muda IPT- Anda Pilih Bahagia @ Sengsara’ anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama dari Sekretariat Rakan Muda Universiti Teknologi PETRONAS adalah satu program berbentuk kem motivasi kepada belia untuk menyedarkan mereka tentang bahaya dadah dan pentingnya untuk memilih bahagia daripada sengsara. Program ini telah disertai oleh 40 fasilitator yang terdiri daripada pelajar UTP dan 68 belia daripada Felda Ijok, Selama, Perak yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun. Program selama 4 hari ini bermula daripada 17 sehingga 20 Disember 2008 diadakan di Kem Sentosa, Chenderiang, Tapah, Perak.

Antara modul yang disediakan adalah seperti sesi Suai Kenal, Permainan Korporat, Operasi Castello, Dinamika Kumpulan dan ‘Blind Fold’. Kesemua modul ini dijalankan di dalam kumpulan dimana peserta dan para fasilitator telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Ceramah yang diadakan pula seperti ‘Belia dan Senario Dadah’ oleh wakil daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Kisah Benar daripada 2 orang bekas pengasih yang dibawa oleh AADK, Demonstrasi daripada wakil pegawai penjara Tapah dan juga pengenalan kepada Rakan Muda daripada pegawai Rakan Muda Perak, Tuan Haji Osman. Pendaftaran keahlian baru Rakan Muda juga dijalankan dimana ahli baru akan terus mendapat Kad Klasik Rakan Muda.

Pada waktu petang, kesemua fasilitator dan peserta beriadah bersama-sama. Bola sepak, bola tampar, bola beracun dan bermacam-macam lagi permainan dilakukan bersama-sama. kami juga dibenarkan mencuba 'flying fox', 'repelling', berkayak dan juga 'water confident'. segala 'obstacle' yang digunakan oleh pelatih PLKN juga telah kami cuba.

Pada malam terakhir, kesemua peserta telah mempamerkan bakat mereka di dalam sesi ‘Berbakatkah Anda’. Boria, Sketsa, Lakonan, Dikir Barat dan Puisidra telah dipersembahkan oleh para peserta. Manakala para Fasilitator telah mempersembahkan 2 buah tarian yang amat menarik. Persembahan silap mata juga telah diadakan pada malam tersebut oleh En Zam Zam, pemilik kem tersebut.

Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Encik Munir Bin Ali Yasak, selaku Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Majlis penutup itu turut dihadiri oleh Encik Samsudin Bin Basiron, Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Ijok, dan Mejar Tamudaren, Timbalan Kem Komanden, Kem Sentosa.

Program ini telah berjaya mencapai matlamat untuk menyedarkan belia mengenai bahaya dadah. Segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Dan program ini berjaya mengeratkan hubungan diantara Sekretariat Rakan Muda dan masyarakat terutama golongan belia Felda. Dan pada penghujung program ini, Sekretariat telah ditawarkan untuk menganjurkan program seperti ini untuk peringkat UTP pula dan juga telah dijemput untuk melawat ke Felda Ijok sebagai tanda terima kasih mereka terhadap penganjur. Semoga program seperti ini akan sentiasa dianjurkan untuk merapatkan lagi hubungan diantara pelajar universiti dan masyarakat.

“BELIA BENCI DADAH”

Para peserta dan Fasilitator serta tetamu kehormat majlis penutup


Malam 'Berbakatkah Anda'


Sesi suai kenal

'Operasi Castello' -wakil kumpulan akan disolek menjadi Castello


Sesi pendaftaran ahli baru Rakan Muda


Akak ketua fesi tumpang glamor kat sini

Anda Pilih Bahagia @ Sengsara

Friday, December 19, 2008

Dynamic Agrotech Camp 2008

Program ini adalah program khidmat masyarakat berkonsepkan kem keusahawanan pertanian. Melalui program ini, golongan belia akan didedahkan dengan prospek kerjaya pertanian dan juga pengenalan teknologi baru dalam usaha mencapai tahap pertanian moden yang menjanjikan lebih kualiti dan hasil pertanian perkapita yang tinggi serta suasana pertanian yang lebih selesa.

Program ini telah dijalankan selama 4 hari bermula 13 December sehingga 16 December 2008 bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS. Peserta-peserta program ini secara keseluruhannya terdiri daripadan belia kwasana, FELDA dan FELCRA. Berikut ialah perincian peserta mengikut kawasan.

  1. Felda Lawin Utara - 5 orang peserta
  2. Perancangan Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Titi Gantung - 7 orang peserta
  3. Kampung Titi Gantung - 8 orang peserta
  4. Pelajar UTP - 4 orang peserta
  5. Pelajar UITM - 1 orang peserta
  6. Felcra Nasaruddin - 13 orang peserta

Sepanjang program, peserta telah diberi pendedahan yg jelas berkenaan peluang-peluang pertanian terkini daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Pertanian, FELDA, FAMA, Agro Bank dan lain-lain jabatan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Maklumat-maklumat yang jelas, terkini dan terperinci telah disampaikan kepada peserta oleh penceramah-penceramah jemputan daripada agensi-agensi berkenaan melalui slot-slot ceramah dan forum yang telah disediakan. Antara penceramah yang hadir ialah:

  1. En. Asrizal bin Mohd Radzi (Biro Tata Negara)
  2. En. Muhd Amin bin Ismail (Jabatan Pertanian)
  3. Puan Norliah bt Abd Rani(Agro Bank)
  4. En. Abdullah Amin bin Abd Ghani (FAMA)
  5. En. Baba bin Abdullah (FELDA)
  6. Tuan Haji Zakaria (Pengusaha Hamida Enterprise)

Peserta-peserta juga telah melaui beberapa siri modul sepanjang program ini berlangsung. Kesemua modul dibantu oleh fasilitator-fasilitator dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang telah menjalani kursus latihan Training of Trainees (TOT), yang dikendalikan oleh Jabatan Kaunseling UTP dan Jabatan Pertanian Perak Tengah secara berperingkat sebelum program bermula.

Majlis penutup program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Disember 2008 bertempat di Poket D1, UTP dan dirasmikan oleh Encik Muhammad Syazwan Amarjit bin Abdullah, Pegurus Kanan Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTP, bagi pihak Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Pengarah Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTP. Pihak penganjur juga amat berbesar hati, apabila Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Encik Arifin bin Abdul Latif sudi bersama-sama meluangkan masa bagi melengkapkan majlis penutup program ini.

Secara keseluruhan, program ini mendapat respon yang baik dari jabatan-jabatan yang terlibat serta daripada peserta-peserta yang mengikuti program ini dari awal sehingga akhir. Sebagai pihak penganjur, kami berharap program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang dengan menambahbaikkan kelancaran program untuk kebaikan bersama.


"PERTANIAN BESTARI PENJANA NEGARA TERBILANG"


Agrorians 2008


Sesi Latihan Dalam Kumpulan


Agro Visit ke Hamidah Enterprise


Salah satu slot ceramah yang disediakan di dalam program ini.


Sesi TOT untuk fasilitator dikendalikan oleh Pegawai-pegawai dari jabatan pertanian perak tengah



Jalan-jalan Cari Kawan (^^)

Pada 24 hingga 26 Oktober 2008, bertempat di Bidara Puteri Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka, seramai lebih kurang 60 orang wakil Sekretariat Rakan Muda IPT dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi berkumpul bagi menghadiri Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan Sekretariat Rakan Muda IPT 2008 anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
Pada hari pertama, program dimulakan dengan taklimat dari En Roslan bin Haji Hussin, Pengarah Cawangan Pengembangan Rakan Muda dan disusuli dengan sesi berkenalan dengan wakil setiap IPT yang terlibat. Majlis dirasmikan pada keesokan paginya oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Mud
a, Pn Wasitah binti Haji Mohd Yusof. Mengulas beberapa isu yang dibangkitkan dalam ucaptama perasmian oleh Puan Wasitah, beliau banyak menekankan dan menerangkan pada ahli Rakan Muda untuk mengadakan program- program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Program diteruskan dengan sesi Mesyuarat Penyelarasan Sekretariat Rakan Muda IPT yang dipengerusikan oleh En. Roslan bin Haji Hussin dan kemudiaannya sesi diteruskan dengan membincangkan hala tuju dan pelaksanaan program Rakan Muda IPT 2008 dan Perancangan Program 2009.
Pada sebelah petang, sesi ketiga program membentangkan Kaedah Pemberian Bantuan dan Penerangan Mengenai E-Bantuan oleh Cik Suraya bt Sulaiman (Urusetia Bantuan). Beliau mewakili Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan kaedah pemohonan online untuk bantuan kewangan dari KBS.
Sesi keempat diteruskan pada jam 8 malam, dimana setiap wakil IPT membentangkan Laporan Sekretariat Rakan Muda IPT masing-masing. Pelbagai pandangan dan cetusan idea dari pelbagai IPT dapat dikongsikan bersama. A
ntara program yang dibentangkan, pihak kami begitu tertarik dengan MMU Melaka dimana mereka telah berjaya melaksanakan program kemsyarakatan di Aceh dengan tajaan bersama TELEKOM Malaysia.
Hari terakhir program dimulakan dengan sesi kelima, Ceramah Kenegaraan (Patriotisma Belia IPT) oleh Ybhg. Datuk Prof. Madya Abd Halim Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia. Beliau merupakan salah seorang perangka pertama kertas kerja Rakan Muda Wawasan Desa yang telah berulang kali dilaksanakan di setiap IPT. Dalam ceramah dan perkongsian pengalaman beliau, penekanan tertumpu pada nilai-nilai jati diri yang semakin dilupakan oleh anak belia kini.
Di akhir program, Pengarah Bahagian Kebajikan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ybhg. Prof Madya Dr Mohd Fauzi bin Haji Ramlan telah menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil kepad
a setiap wakil IPT yang telah sama-sama menjayakan program kali ini. Majlis penutup diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dari setiap IPT.











Wednesday, November 5, 2008

Ilmu itu AMAL...





Program kali ini tertumpu kepada perasmian perpustakaan mini Bait Al-hikmah yang telah ditubuhkan hasil usaha komiti-komiti program Moment to Share dengan kerjasama penduduk kampung Sepakat Jaya. Bangunan sekolah Agama Rakyat yang telah lama ditinggalkan telah dipilih untuk dijadikan tempat menubuhkan perpustakaan kami. Tujuan penubuhan perpustakaan ini adalah bertujuan untuk menarik minat anak-anak PPRT tersebut untuk mengisi masa lapang dengan membaca dan mengulangkaji pelajaran daripada membuang masa bermain dan melakukan perkara tidak berfaedah. Berkat kerjasama komiti, kami berjaya memperoleh tajaan kelengkapan seperti almari dan buku-buku rujukan.Warga kampung juga tidak lepas tangan membantu kami dalam perkara-perkara teknikal. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Pengarah Jabatan Pengurusan dan Sokongan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS.Y.B. Ustaz Nizar, Ahli parlimen Parit turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Setelah perasmian, para jemputan dibawa melawat ke perpustakaan diiringi oleh pengarah program dan beberapa ahli komiti yang lain. Ahli parlimen Parit telah menyatakan yang beliau sangat menyokong program kali ini dan telah menyatakan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan sekiranya program Moment to Share ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Di pengakhir program, diadakan majlis jamuan raya bersama penduduk kampung tersebut. Masyarakat setempat bersama-sama dengan beberapa ahli komiti berkerjasama menyiapkan juadah untuk jamuan tersebut. Sambutan pada malam itu amatlah menggalakkan dan sokongan yang diberikan oleh penduduk kampung menunjukkan bahawa program Moment to Share ini telah mencapai matlamatnya. Terima kasih buat semua yang bersama-sama menjayakannya! Luv u all! (^^)

Friday, October 24, 2008

Wednesday, September 17, 2008

MOMENT 2 SHARE ~ 2nd~


KEMBALI BERKHIDMAT...UNTUK-MU RAMADHAN

Pada 13 September 2008, program kedua MOMENT 2 SHARE telah selamat dijalankan dengan kerjasama yang amat memberangsangkan dari pihak PPRT Titi Gantung.

Bengkel solat yang dianjurkan ternyata memberi kesan yang positif buat anak-anak PPRT dimana kebanyakkan mereka bersungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkannya bersama-sama fesilitator ketika solat berjemaah terutamanya pada waktu maghrib sehingga terawikh.

Pada waktu petang, aktiviti diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada keluarga Puan Normah, yang merupakan pekerja UTP. Beliau sudah kematian suaminya sejak 3 tahun yang lalu dan kini membesarkan tiga orang anak perempuan bersendirian.


Para fesilitator telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, dimana satu kumpulan bergotong royong membaikpulih keadaan rumah Puan Normah, dan sebilangan lagi membantu orang kampung menyediakan juadah berbuka puasa di rumah En Ibrahim ( Ketua Kawasan PPRT)

Program diakhiri sehingga solat tarawikh berjemaah bersama-sama penduduk kampung.
Akhir kata, program seumpama ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk memahami dan merasai sendiri kepayahan hidup insan di sekeliling kita. Dengan itu, para mahasiswa dapat belajar menghargai kehidupan selesa yang dikecapi dan berusaha bersama-sama membantu mereka yang memerlukan ini dari pelbagai aspek mengikut kemampuan mahasiswa-mahasiswi.

MOMENT 2 SHARE

Gunakan NIKMAT untuk KHIDMAT

Selari dengan moto Rakan Masyarakat SRMUTP, satu program kemasyarakatan berkala, MOMENT 2 SHARE telah diperancangkan dari Ogos-Disember 2008.
Rakan Muda Moment 2 Share merupakan satu program kemasyarakatan yang berkonsepkan PEMBANGUNAN INSAN secara BERKALA terhadap golongan sasar. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan para mahasiswa membantu memajukan masyarakat setempat dalam pelbagai aspek terutamanya kepentingan ILMU dalam kehidupan.

Alhamdulillah, peringkat pertama program telah berjaya direalisasikan dengan jayanya pada 30 Ogos 2008 yang lepas. seramai 20 orang fesilitator dan 88 orang anak-anak desa terlibat dalam menjayakannya. Congrats :)

Program motivasi seperti ini amat efektif bagi membantu para pelajar (khasnya anak-anak kampung) meningkatkan kembali kesedaran pentingnya pelajaran dan membantu mereka berfikir mengenai masa depan yang hendak dicapai. Selain itu. motivasi seperti ini akan dapat membantu para pelajar menjadi lebih focus akan matlamat dan cita-cita mereka seperti yang diharapkan dari modul Our Future.. Sepanjang program ini juga, kami menyelitkan beberapa modul yang meransang minda para pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan dapat mengaitkan prinsip asas sains yang dibelajar di sekolah seperti kestabilan, ketinggian dan kekuatan. Elemen ini diterapkan dan diperjelaskan oleh para fesilitator ketika modul Tower Maniac.


Di pengakhir program, para fesilitator akan memberi kata-kata nasihat untuk adik-adik supaya lebih bersemangat meneruskan persekolahan dan juga mengejar cita-cita.

Beberapa borang maklum balas yang diedarkan untuk diisi oleh peserta majoritinya memberi maklum balas yang positif. Selain itu, kami turut memberikan beberapa soalan yang dapat membantu kami menspesifikasikan mata pelajaran yang menjadi masalah utama para peserta. Dengan ini, kami dapat membantu secara khusus program pembelajaran mereka pada aktiviti akan datang. Insyaallah...

~LIFE is about SHARING, We need What others Have...We have What others Need~

Sunday, September 14, 2008

Belia Benci Dadah - Anda pilih BAHAGIA atau SENGSARA



RAKAN MUDA IPT- ANDA PILIH BAHAGIA ATAU SENGSARA


OBJEKTIF

  • Meningkatkan pemahaman tentang gejala dadah di kalangan masyarakat.
  • Meningkatkan pemahanam tentang kesan dan akibat dari salah laku gejala dadah.
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti membanteras gejala dadah di semua peringkat.
  • Memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat dengan menggalakkan penyertaan dalam aktiviti yang lebih berfaedah.


METHODOLOGI

  • Ceramah
  • Pameran
  • Demonstrasi
  • Perbincangan
  • [ermainan simulasi
  • Sukan rakyat
  • Uji bakat
  • Pemerhatian


KAEDAH PERLAKSANAAN


Program ini adalah usahasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi melalui pelajar IPT, agensi kebangsaan serta agensi swasta dan NGO tempatan. Kumpulan pelajar IPT adalah sebagai pasukan petugas sukarela yang akan memberikan perkhidmatan di lokasi atau penempatan yang dijadikan tapak aktiviti. Pelajar IPT dipilih menjadi pemangkin serta perintis program ini berdasarkan kepada kebolehan intelektual dan kemampuan berinteraksi serta bekerjasama dengan masyarakat. Perkongsian intelektual ini dijangka mampu sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran masyarakat tentang gejala dadah.


Pemilihan tapat aktiviti adalah berdasarkan kepada kawasan penempatan yang berisiko tinggu tentang gejala dadah. Criteria utama kepada pemilihan adalah terdapatnya NGO seperti Persatuan Belia, KRT, JKKK, JKKR, rela dan sebagaunya supaya penglibatan mereka turut mempermudahkan pelaksanaan program dan aktiviti.


Sasaran aktiviti dalah kepada penduduk tempatan dan aktiviti yang dirancang akan bersesuaian dengan peringkat umur serta tanggungjawab kumpulan sasar terhadap pembangunan keluarga dan masyarakat. Kumpulan mereka akan dikategorikan sebagaimana berikut :-

· Kumpulan kanak-kanak berumur 7-9 tahun & 10-12 tahun - tema – ‘Saya Benci Dadah’

· Kumpulan remaja berumur 13-15 tahun & 16-17 tahun - tema - ‘ Cemerlang, Gemilang, Terbilang Tanpa Dadah’

· Kumpulan belia berumur 18-25 tahun - tema – ‘ Belia Sihat Tanpa Dadah’

· Kumpulan dewasa berumur 26 tahun keatas - tema – ‘ Keluarga Cemerlang Tanpa Dadah’


Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah;

· Ceramah dan perbincangan kumpulan mengenai hal yang berkaitan dengan dadah

· Pameran mengenai pemulihan dan pelaksanaan hukuman yang berkaitan dengan dadah.

· Demonstrasi sebat rotan dan penggunaan peralatan hukuman.

· Aktiviti simbolik pemusnahan hasil tembakau dan dadah.

· Pameran kerjaya (Keusahawanan dan Kemahiran).

· Pengakuan oleh bekas penagih dadah melalui sesi ‘Kisah Benar’.

· Tayangan video.


Info ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak SRMUTP

  • Tarikh : awal Disember
  • Tempat : Kem PLKN Chenderiang, Tapah, Perak
  • Sukarelawan IPT : 40 pelajar
  • Peserta Program : 80 peserta dikalangan pelajar 16-18 tahun


Bagi sukarelawan UTP, satu program ‘in-house training’ a.k.a. TOT akan dilaksanakan sekitar bulan Oktober untuk melatih sukarelawan ini dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program.


Bagi yang berminat, boleh mengambil borang di Booth SRMUTP pada 16 dan 18 September 2008 di Pocket D atau hubungi mana-mana EC SRMUTP. Penglibatan anda amat digalakkan. Tiada sebarang temuduga.


Sebarang masalah boleh dirujuk kepada


Amira - 0129114323

Thursday, September 11, 2008

Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2008

WE ARE BACK!!!!!!!!!


OUR DESTINATIONS:



1. Sungai Siput 29 Nov – 3 Dis 2008


2. Pengkalan Hulu 29 Nov – 3 Dis 2008


3. Kuala Kangsar 30 Nov – 4 Dis 2008


4. Lenggong 30 Nov – 4 Dis 2008




GET YOUR FORM NOW AT


RC OFFICE V3, V4 & V5


FOYER V2


KO-Q OFFICE, BLOCK B




*YOU CAN SUBMIT THE FORM AT ANY OF THE VENUE MENTIONED


ABOVE BY THE 24TH SEPTEMBER 2008




CONTACT PERSON


NURUL FARHAN 017-6821831


ASYRIZULFITRI 014-8402312