Wednesday, August 13, 2008

DYNAMIC AGROTECH CAMP 08 WALK-IN INTERVIEW

DATE: 15 & 16 AUGUST 2008

DAY: FRIDAY & SATURDAY

TIME: 9.00 PM - 11.30 PM

VENUE: FOYER V4

CONTACT PERSON: Zahirah(019-4378745)
Farhan(017-6821831)



APA ITU DYNAMIC AGROTECH CAMP 08 ???

PENGENALAN

Dynamic Agrotech08 Camp merupakan satu program kem keusahawanan pertanian yang menyahut seruan kerajaan dalam usaha memartabatkan kembali industri pertanian di Malaysia. Pemilihan industri tani sebagai tunjang program ini turut dipengaruhi oleh keperluan negara terhadap hasil pertanian yang bermutu bagi memenuhi tuntutan dalam mahupun luar negara malah mendukung cabaran menjadikan industri tani sebagai industri utama sekali lagi di Malaysia.

Timbulnya masalah apabila perubahan globalisasi yang pesat dalam pelbagai bidang terutamanya pertanian, tidak selari dalam penggunaan teknologi yang mana belum sempurna dari segi sistem penyampaian kepada rakyat umumnya dan belia khasnya walaupun teknologi tersebut sudah tiba disini namun masih berlegar dikalangan golongan pakar sahaja.

Berkonsepkan pendidikan intensif secara berkala terhadap golongan sasar,Dynamic Agrotech08 Camp akan mengubah pandangan golongan belia terhadap pertanian yang kononnya perkerjaan ketinggalan zaman serta berpendapatan kecil kepada paradigma baru yang mencerminkan imej pertanian sebagai suatu profession yang menguntungkan dan berimej korporat.

Untuk itu, golongan sasar akan didedahkan dengan prospek kerjaya pertanian dan juga pengenalan teknologi terbaru dalam usaha mencapai tahap pertanian moden yang menjanjikan lebih berkualiti dan peningkatan hasil pertanian perkapita. Di samping itu, peserta juga akan didedahkan dengan peluang-peluang industri tani, bantuan kewangan, khidmat perunding mahupun pemindahan teknologi oleh perbadanan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang kebanyakan belia kurang pengetahuan pada masa kini.

Dengan susunan ceramah dari mereka yang pakar, disusuli dengan latihan efektif dan disulami modul-modul yang membantu, maka Dynamic Agrotech08 Camp ini mampu merealisasikan objektifnya disamping membantu nusa dan bangsa.


OBJEKTIF

Belia/ Golongan sasar

• Mengubah mindset belia mengenai kerjaya pertanian sebagai alternatif pendapatan utama.
• Mendedahkan potensi kerjaya dalam bidang pertanian (meliputi pemprosesan dan komersil) berdasarkan minat dan peluang peserta.
• Mendidik cara-cara aplikasi teknologi dalam membantu golongan belia menghasilkan produk yang berkualiti dan bernilai komersil.
• Memupuk semangat keusahawanan dikalangan belia dan mengurangkan kepincangan akhlak dikalangan belia.



Penganjur ( Sekretariat Rakan Muda dan UTP)


• Memenuhi tuntutan penglibatan mahasiswa UTP khususnya dalam merealisasikan agenda RMK-9.
• Melibatkan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum yang berkonsepkan interaksi masyarakat di samping perkongsian ilmu dan kemahiran.
• Membawa konsep keterbukaan dan well-rounded kepada mahasiswa UTP dengan mencebur sama dalam bidang diluar kejuruteraan secara intensif.



“Pertanian Bestari Penjana Negara Terbilang”

No comments: