Friday, December 19, 2008
Jalan-jalan Cari Kawan (^^)
Pada 24 hingga 26 Oktober 2008, bertempat di Bidara Puteri Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka, seramai lebih kurang 60 orang wakil Sekretariat Rakan Muda IPT dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi berkumpul bagi menghadiri Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan Sekretariat Rakan Muda IPT 2008 anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
Pada hari pertama, program dimulakan dengan taklimat dari En Roslan bin Haji Hussin, Pengarah Cawangan Pengembangan Rakan Muda dan disusuli dengan sesi berkenalan dengan wakil setiap IPT yang terlibat. Majlis dirasmikan pada keesokan paginya oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Pn Wasitah binti Haji Mohd Yusof. Mengulas beberapa isu yang dibangkitkan dalam ucaptama perasmian oleh Puan Wasitah, beliau banyak menekankan dan menerangkan pada ahli Rakan Muda untuk mengadakan program- program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Program diteruskan dengan sesi Mesyuarat Penyelarasan Sekretariat Rakan Muda IPT yang dipengerusikan oleh En. Roslan bin Haji Hussin dan kemudiaannya sesi diteruskan dengan membincangkan hala tuju dan pelaksanaan program Rakan Muda IPT 2008 dan Perancangan Program 2009.
Pada sebelah petang, sesi ketiga program membentangkan Kaedah Pemberian Bantuan dan Penerangan Mengenai E-Bantuan oleh Cik Suraya bt Sulaiman (Urusetia Bantuan). Beliau mewakili Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan kaedah pemohonan online untuk bantuan kewangan dari KBS.
Sesi keempat diteruskan pada jam 8 malam, dimana setiap wakil IPT membentangkan Laporan Sekretariat Rakan Muda IPT masing-masing. Pelbagai pandangan dan cetusan idea dari pelbagai IPT dapat dikongsikan bersama. Antara program yang dibentangkan, pihak kami begitu tertarik dengan MMU Melaka dimana mereka telah berjaya melaksanakan program kemsyarakatan di Aceh dengan tajaan bersama TELEKOM Malaysia.
Hari terakhir program dimulakan dengan sesi kelima, Ceramah Kenegaraan (Patriotisma Belia IPT) oleh Ybhg. Datuk Prof. Madya Abd Halim Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia. Beliau merupakan salah seorang perangka pertama kertas kerja Rakan Muda Wawasan Desa yang telah berulang kali dilaksanakan di setiap IPT. Dalam ceramah dan perkongsian pengalaman beliau, penekanan tertumpu pada nilai-nilai jati diri yang semakin dilupakan oleh anak belia kini.
Di akhir program, Pengarah Bahagian Kebajikan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ybhg. Prof Madya Dr Mohd Fauzi bin Haji Ramlan telah menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada setiap wakil IPT yang telah sama-sama menjayakan program kali ini. Majlis penutup diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dari setiap IPT.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment