Program ini adalah program khidmat masyarakat berkonsepkan kem keusahawanan pertanian. Melalui program ini, golongan belia akan didedahkan dengan prospek kerjaya pertanian dan juga pengenalan teknologi baru dalam usaha mencapai tahap pertanian moden yang menjanjikan lebih kualiti dan hasil pertanian perkapita yang tinggi serta suasana pertanian yang lebih selesa.
Program ini telah dijalankan selama 4 hari bermula 13 December sehingga 16 December 2008 bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS. Peserta-peserta program ini secara keseluruhannya terdiri daripadan belia kwasana, FELDA dan FELCRA. Berikut ialah perincian peserta mengikut kawasan.
- Felda Lawin Utara - 5 orang peserta
- Perancangan Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Titi Gantung - 7 orang peserta
- Kampung Titi Gantung - 8 orang peserta
- Pelajar UTP - 4 orang peserta
- Pelajar UITM - 1 orang peserta
- Felcra Nasaruddin - 13 orang peserta
Sepanjang program, peserta telah diberi pendedahan yg jelas berkenaan peluang-peluang pertanian terkini daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Pertanian, FELDA, FAMA, Agro Bank dan lain-lain jabatan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Maklumat-maklumat yang jelas, terkini dan terperinci telah disampaikan kepada peserta oleh penceramah-penceramah jemputan daripada agensi-agensi berkenaan melalui slot-slot ceramah dan forum yang telah disediakan. Antara penceramah yang hadir ialah:
- En. Asrizal bin Mohd Radzi (Biro Tata Negara)
- En. Muhd Amin bin Ismail (Jabatan Pertanian)
- Puan Norliah bt Abd Rani(Agro Bank)
- En. Abdullah Amin bin Abd Ghani (FAMA)
- En. Baba bin Abdullah (FELDA)
- Tuan Haji Zakaria (Pengusaha Hamida Enterprise)
Peserta-peserta juga telah melaui beberapa siri modul sepanjang program ini berlangsung. Kesemua modul dibantu oleh fasilitator-fasilitator dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang telah menjalani kursus latihan Training of Trainees (TOT), yang dikendalikan oleh Jabatan Kaunseling UTP dan Jabatan Pertanian Perak Tengah secara berperingkat sebelum program bermula.
Majlis penutup program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Disember 2008 bertempat di Poket D1, UTP dan dirasmikan oleh Encik Muhammad Syazwan Amarjit bin Abdullah, Pegurus Kanan Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTP, bagi pihak Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Pengarah Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTP. Pihak penganjur juga amat berbesar hati, apabila Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Encik Arifin bin Abdul Latif sudi bersama-sama meluangkan masa bagi melengkapkan majlis penutup program ini.
Secara keseluruhan, program ini mendapat respon yang baik dari jabatan-jabatan yang terlibat serta daripada peserta-peserta yang mengikuti program ini dari awal sehingga akhir. Sebagai pihak penganjur, kami berharap program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang dengan menambahbaikkan kelancaran program untuk kebaikan bersama.
"PERTANIAN BESTARI PENJANA NEGARA TERBILANG"
Agrorians 2008
Sesi Latihan Dalam Kumpulan
Agro Visit ke Hamidah Enterprise
Salah satu slot ceramah yang disediakan di dalam program ini.
Sesi TOT untuk fasilitator dikendalikan oleh Pegawai-pegawai dari jabatan pertanian perak tengah
1 comment:
salam persaudaraan...jemput2lah ke blog SRM UKM :)
http://sekretariatrakanmudaukm.blogspot.com/
Post a Comment