KEMBALI BERKHIDMAT...UNTUK-MU RAMADHAN
Pada 13 September 2008, program kedua MOMENT 2 SHARE telah selamat dijalankan dengan kerjasama yang amat memberangsangkan dari pihak PPRT Titi Gantung.
Bengkel solat yang dianjurkan ternyata memberi kesan yang positif buat anak-anak PPRT dimana kebanyakkan mereka bersungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkannya bersama-sama fesilitator ketika solat berjemaah terutamanya pada waktu maghrib sehingga terawikh.
Pada waktu petang, aktiviti diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada keluarga Puan Normah, yang merupakan pekerja UTP. Beliau sudah kematian suaminya sejak 3 tahun yang lalu dan kini membesarkan tiga orang anak perempuan bersendirian.
Para fesilitator telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, dimana satu kumpulan bergotong royong membaikpulih keadaan rumah Puan Normah, dan sebilangan lagi membantu orang kampung menyediakan juadah berbuka puasa di rumah En Ibrahim ( Ketua Kawasan PPRT)
Program diakhiri sehingga solat tarawikh berjemaah bersama-sama penduduk kampung.
Akhir kata, program seumpama ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk memahami dan merasai sendiri kepayahan hidup insan di sekeliling kita. Dengan itu, para mahasiswa dapat belajar menghargai kehidupan selesa yang dikecapi dan berusaha bersama-sama membantu mereka yang memerlukan ini dari pelbagai aspek mengikut kemampuan mahasiswa-mahasiswi.
No comments:
Post a Comment